top of page
image.png

Beliau telah dilahirkan pada 21 Oktober 1919 di Omaha, Nebraska. Bapa Holland pada awalnya merupakan seorang buruh dan kemudiannya telah menukar kerjaya sebagai seorang eksekutif pengiklanan. Ibu Holland pula merupakan seorang guru sekolah rendah.  John Lewis Holland merupakan seorang professor emeritus sosiologi di universiti johns hopskin .

Teori Pemilihan Kerjaya Holland diperkenalkan pada tahun 1959 dan telah dikemaskini pada tahun 1966, 1973, 1978,1985 dan 1996. Teori Holland dikenali sebagai teori pemilihan kerjaya Holland iaitu sempena namanya & juga turut dikenali sebai teori Tipologi Holland. Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian Holland terhadap personaliti yang memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan Faktor.

 

Teori ini dibentuk berasaskan andaian bahawa minat vokasional adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian deskripsi tentang minat individu juga menggambarkan personaliti seseorang. Tret-tret personaliti biasanya dikenal pasti melalui kecenderungan terhadap matapelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja, sementara minat vokasional boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti.

John Lewis Holland

Holland (1985)

  • Semua pemilihan pekerjaan ini dikategorikan oleh Holland yang membentuk personaliti atau persekitaran R-I-A-S-E-C

Organisational Behaviour

Holland's Six Personality Types

image.png
image.png

1. REALISTIK

■Mempunyai kemahiran eklektik dan mekanikal

■Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan dan binatang

■Lebih suka bekerja luar bangunan

■Contoh: Jurutera, Ahli Botani, Tukang Kayu

image.png
image.png

2. INVESTIGATIF

■Individu suka membuat pemerhatian, menyelidik, menganalisis,

menilai melalui penyelidikan

■Mempunyai kemahiran sainifik, matematik dan teknikal

■Contoh: Saintis, Ahli Antropologis, Ahli Ekonomi

image.png
image.png

3. ARTISTIK

■Mempunyai kebolehan Artistik, inovatif dan intuisif

■Suka bekerja dalam situasi yang kurang atau tidak berstruktur

■Tidak suka kerja rutin dan berulang-ulang

■Contoh: Penyair, Komposer, Penulis, Arkitek

image.png
image.png

Mahu menjadi Ahli Pembangun Permainan?
Tekan link di bawah!

4. SOSIAL

■Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia

■Minat untuk memberitahu, menolong, melatih dan membuat kerja-kerja kebajikan

■Mahir berkomunikasi

■Contoh: Guru, Kaunselor, Pegawai Kebajikan, Pegawai Perhubungan

image.png

CLICK VIDEO ATAS UNTUK MEMAHAMI  PERSONALITI SOSIAL

image.png

5. ENTERPRISING

■Individu suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia
■Minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain

■Mahir memanipulasi orang lain. Matlamatnya untuk mencapai keuntungan

■Contoh: Ahli Perniagaan, Ahli Politik, Peguam, Pengurus Hotel, Pengurus Bank 

image.png

6. CONVENTIONAL

image.png

■Suka bekerja dengan data dan komputer
■Mempunyai kemahiran bidang perkeranian
■Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan

■Contoh: Akauntan, Penilai Harta, Jurujual insurans, Kerani

Apa yang tak faham?

Terima Kasih !

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
bottom of page