top of page
Image by Saulo Mohana

APA ITU KERJAYA ?

  • Kerjaya (career) merujuk kepada bagaimana individu melihat diri mereka danhubungannya dengan apa yang mereka lakukan. (Sharf, 1997)

  • Kerjaya bermaksud perkembangan dan kemajuan seseorang dari segi pekerjaan. 

  • Kerjaya selalunya merujuk kepada jawatan tetap dan berjaya menjadikan seseorang itu mencari nafkah hidup, menyara kehidupan. (Wikipedia Bahasa Melayu)

BIMBINGAN KERJAYA

  • Merupakan proses mendidik yang melibatkan maklumat-maklumat diberikan kepada pelajar dalam usaha untuk membantu pelajar bergerak maju secara progresif ke arah matlamat yang dicita-citakan. (Myrick, 1997, p.3.)

  • Biasanya diberikan oleh pendidik profesional seperti guru dan kaunselor dan dibantu oleh sistem sokongan yang lain. (Myrick, 1997, p.3.)

  • Jadi bimbingan kerjaya merupakan sebahagian daripada program bimbingan yang direka untuk menolong pelajar di dalam perkembangan kerjaya.

Therapy Session

KAUNSELING KERJAYA

  • Kaunseling kerjaya adalah satu proses interpersonal yang direka bentuk bagi membantu individu-individu yang mengalami masalah perkembangan kerjaya iaitu proses memilih, memasuki, menyesuaikan diri serta memajukan diri dalam pekerjaan. (Brown & Brook, 1986)

  • Merupakan proses menolong yang memfokuskan kepada kesedaran kendiri, minat, sikap yang melibatakan individu terlatih dan berlesen. (Myrick, 1997, p.3)

  • Kaunseling kerjaya merupakan sebuah proses psikologi sepanjang masa dan hayat serta berinteraksi secara dinamik dengan lain-lain peranan dalam sesebuah kehidupan.

Masalah dalam pemilihan kerjaya termasuk:

  • ketidakupayaan membuat pemilihan dalam kerjaya,

  • ketegangan dan juga penyesuaian,

  • ketidaksesuaian membuat pilihan ( Sidek Mohd Noah, 2002)

Apa yang tak faham?

Terima Kasih !

  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube
bottom of page